Kepada kawan2 yang masih duk tanya di mana aku berada - walaupun selalu sangat aku duk jawab - aku sekarang berada di UK. Maklumat ni sebenarnya terpampang dalam profile aku di Facebook (malah dijelaskan di bahagian "Work") dan juga Friendster (iaitu di mana soalan ni kerap dimesej).
Bukannya aku tak hargai keprihatinan kawan2, tapi kadang2 tu aku jadi bosan bila asyik ditanya soalan2 yang sebenarnya sudahpun terjawab. OKlah, untuk soalan2 lazim yang lain:
Aku di sini sejak bulan Mei 2008 (tahun lepas) dan ya, aku masih di sini meredah salji Februari 2009. Aku memegang "WHM Visa" yang membenarkan aku merantau selama dua tahun di UK dan bekerja/belajar sekiranya aku mahu. Maaflah, aku tak berkongsi pula dalam blog tentang pengembaraan ke tempat2 indah/menarik selama ni, atau pengalaman2 serta pertemuan2 dengan individu2/kumpulan2 tertentu di sini. Mengemaskini blog bukanlah kemestian bagi aku.
Blog post terakhir aku bertarikh 23 Julai 2008 (tahun lepas). Itupun sekadar copy-paste daripada artikel aku dalam majalah. Aku harap second-last paragraph dalam artikel panjang tu dapat memberitahu sesuatu kepada sesiapa yang sanggup membacanya. Salaam..
02 February 2009
Dua Tahun di UK: 31 Mei 2008 Hingga 31 Mei 2010 (Menjawab "Frequently Asked Questions")
Posted by
Wira Budiman
at
1:00 PM
|
Links to this post
Labels: About This Blog, Activities
23 July 2008
Penulisan Sebagai Teman
Berikut adalah rencana yang mengisi ruangan 'Alumni MPR' dalam majalah Dewan Sastera, Dewan Bahasa & Pustaka (Jun 2008)
[Tajuk: sama seperti tajuk blog post ni]
[Gambar: aku tengah melepak dengan laptop dan secawan kopi]
Oleh: Wira Budiman
Semasa bergelar remaja dahulu, saya tidak pernah berkesempatan mengikuti Minggu Penulis Remaja (MPR) anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP). Setiap kali saya mendapat jemputan untuk menyertai MPR, jadual cuti saya sudahpun terisi serta bertembung dengan penglibatan dalam beberapa kegiatan lain seperti pertandingan bahas tahunan Piala Perdana Menteri (PPM).
Sungguhpun tidak dapat mengikuti MPR, saya telah dijemput menjadi ahli Kelab Alumni MPR setelah memenangi Hadiah Sastera Siswa DBP sebanyak empat kali (1994-1997).
Saudara Hizairi Othman, iaitu Presiden pertama Kelab Alumni MPR, telah melantik saya sebagai ahli jawatankuasa kelab. Saya memegang jawatan kecil itu dari tahun 1998 hingga tahun 2000, dan sempat menyaksikan betapa gigihnya Saudara Hizairi dan rakan-rakan jawatankuasa tertinggi yang lain memimpin kelab muda yang diwarnai pelbagai personaliti itu.
Penulisan Semasa Kanak-Kanak
Saya mula berjinak-jinak dengan penulisan kreatif ketika berusia 7 tahun. Setiap pagi, guru saya di Holbrooks Primary School, England, meminta murid-murid menulis apa sahaja yang ingin diluahkan. Saya pula mengambil kesempatan itu untuk mencipta kisah-kisah dongeng asal-usul nama binatang dan sebagainya. “Karya-karya” saya sering dihargai oleh guru dan saya selalu diminta membacakan hasil penulisan saya kepada seluruh kelas.
Ketika di rumah pula, saya selalu melihat bapa saya tekun menaip tesis kajiannya. Apabila beliau berehat, saya pula yang menumpang mesin taipnya untuk menaip karangan secara suka-suka. Apabila beliau membeli komputer pertamanya, saya turut gembira kerana dapat menumpang komputer pula.
Lama-kelamaan, saya menaip karangan-karangan yang lebih serius yang melibatkan pandangan-pandangan saya (sebagai seorang kanak-kanak) tentang isu-isu pendidikan, alam sekitar, pengangkutan awam, perbandingan pengalaman di tiga negara dan lain-lain. Ketika berusia 9 tahun, saya mula menaip apa yang saya anggap sebagai sebuah “manuskrip buku luahan pandangan seorang kanak-kanak” yang menyentuh pelbagai isu serius tersebut.
Semasa berusia 11 tahun, saya bersekolah di Sekolah Kebangsaan Telok Ayer Tawar, Butterworth. Ketika manuskrip “buku” saya hampir siap, ketika itulah juga saya menerima nasib yang malang. Suatu virus komputer telah mencerobohi disket kesayangan saya, menyebabkan saya kehilangan hampir seluruh manuskrip yang ditaip selama ini!
Pada zaman disket masih berukuran 5.25 inci itu, tiada perkakasan atau perisian komputer secanggih sekarang. Kesilapan besar saya ketika itu ialah saya tidak menyimpan hasil penulisan saya dalam beberapa salinan atau dalam bentuk salinan keras (hard-copy). Hanya beberapa muka surat sahaja yang tercetak untuk tujuan semakan format. Akibatnya, cita-cita saya untuk menerbitkan buku pertama pada usia 11 tahun bertajuk “Sebelum Dua Belas” tidaklah kesampaian.
Penulisan Semasa Bersekolah
Selepas Darjah 6, saya mendapat tawaran untuk belajar di sebuah sekolah berasrama penuh iaitu Sekolah Dato’ Abdul Razak (SDAR). Ketika itu, SDAR terletak di Jalan Sikamat, Seremban. Sekolah lelaki ini telah banyak mengajar saya takrifan hidup berdikari. Budaya di SDAR ketika itu benar-benar menampar dan menerajang saya ke alam realiti. Pelbagai pengalaman hitam dan putih tercampur-baur selama separuh dasawarsa.
Berlatarkan keadaan ini, penulisan menjadi saluran untuk saya “membebaskan diri” agar tidak sekadar berada dalam cengkaman pagar asrama. Idea-idea saya lazimnya menyentuh dan berkias tentang isu-isu kenegaraan dan kemasyarakatan, tetapi sesekali saya menulis juga tentang pengalaman peribadi. Ibu bapa saya, iaitu Puan Patimah Shamsu dan Dr Azizan Bahari, sentiasa memberi sokongan walaupun berada jauh di utara tanahair.
Pada mulanya, saya menulis untuk simpanan peribadi sahaja. Namun, ketika berusia 13 tahun (awal 1993), saya memilih untuk mencuba nasib dan telah menghantar esei pendapat saya kepada Dewan Siswa. Alhamdulillah, pendapat saya telah disiarkan dan semenjak itulah saya rajin “berurusan” dengan media.
Secara ringkasnya, apa yang saya pernah tulis pada usia 12 tahun (1992) sehingga 17 tahun (1997) telah menemui tempatnya dalam beberapa akhbar dan majalah seperti Mingguan Malaysia, Berita Minggu, Berita Harian, Harian Metro, Minda Pelajar, Youthquake, Akhbar Jiran (Jabatan Perpaduan Masyarakat) dan yang paling kerap; Dewan Siswa. Kebanyakan hasil penulisan saya yang tersiar adalah puisi, manakala yang selebihnya adalah cerpen dan esei.
Saya bersyukur kerana dikurniakan rezeki memenangi Hadiah Sastera Siswa DBP sebanyak empat kali dari tahun 1994 hingga tahun 1997 menerusi puisi-puisi “Racun”, “Malang?!”, “Gah” dan “Menara”. Puisi-puisi ini kemudiannya telah dimuatkan dalam empat buah antologi DBP iaitu Suatu Impian, Perjuangan, Harapan di Joyrampur dan Perjalanan Jarum Jam. Puisi-puisi lain yang pernah dipertandingkan untuk hadiah yang sama ialah “Terjajah (Di Mana Bumi Kupijak)” dan “Penghujung Bulatan”. Sehingga hari ini, saya menghargai sokongan dan pesanan daripada para pengkritik dan juri Hadiah Sastera Siswa DBP, iaitu Profesor Rahman Shaari, Dr. Lim Swee Tin, A. Rahim Abdullah dan Allahyarham Othman Puteh.
Karya-karya saya yang pernah memenangi hadiah dalam pertandingan-pertandingan yang lain pula ialah cerpen “Kisah Anak Bangsa”, cerpen “Bersalah” dan puisi “Nasib Ayam”.
Saya juga menjalankan tugas-tugas sebagai pengarang dan penulis majalah bulanan dan majalah tahunan SDAR. Selepas tamat persekolahan, saya menerima tawaran untuk melanjutkan pelajaran ke luar negara. Bagaimanapun, atas keinginan saya untuk menjadi mahasiswa di Malaysia, serta minat saya untuk mengikuti perkembangan politik tanahair ketika itu, saya memilih pengajian undang-undang di Universiti Malaya (UM).
Penulisan Semasa Bergelar Mahasiswa
Sepanjang menjadi mahasiswa UM, saya sempat mengikuti krisis politik yang melanda negara pada penghujung dekad 1990an serta kesan-kesannya kepada gerakan-gerakan politik kampus. Saya terus menulis dalam penerbitan-penerbitan kecil di peringkat fakulti, kampus dan luar kampus. Sudah jarang sekali karya-karya dan esei-esei pendapat saya dihantar kepada media arus perdana, walaupun masih ada yang tersiar dalam beberapa akhbar utama.
Masa dan tenaga saya lebih ditumpukan kepada penyelarasan dan pengurusan projek-projek mahasiswa serta kegiatan-kegiatan seni pentas, Sungguhpun begitu, saya tidaklah pula terpisah terus dengan dunia sastera. Kerapkali saya diminta mengacara majlis secara langsung dan apabila mengacara dalam bahasa Melayu, saya cuba memastikan bahawa pengucapan saya lengkap dengan ciptaan pantun dan syair yang bersesuaian serta kata-kata yang menonjolkan keindahan bahasa Melayu.
Saya juga mula melibatkan diri dalam kegiatan mendeklamasi puisi dalam lakonan. Pada tahun 1999, penganjur Festival Seni UM telah memperkenalkan kategori pertandingan baru iaitu manifestasi puisi. Pasukan saya telah menjuarai pertandingan sulung manifestasi puisi ini. Semenjak 1999 juga, saya telah dijemput untuk melakonkan puisi dalam pelbagai jenis acara. Dalam suatu majlis sempena memperingati Sasterawan Rusia Alexander Pushkin, saya telah menterjemahkan puisinya mengikut pola rima asal a-a-b-b kepada bahasa Melayu dan melakonkannya. Dalam acara-acara lain pula, seperti Malam Tinta Kencana DBP (2000), saya diberi peluang melakonkan puisi-puisi nukilan sendiri.
Antara acara-acara puisi dalam lakonan yang tidak dapat dilupakan adalah yang melibatkan sambutan-sambutan peringkat kebangsaan. Pada tahun 2000, saya telah melakonkan puisi “Bukannya Lilin” dalam suatu acara yang dirasmikan oleh seorang menteri kabinet. Menteri tersebut kemudiannya menjemput saya untuk melakonkan puisi sempena Sambutan Hari Kanak-Kanak Sedunia Peringkat Kebangsaan pula. Pada tahun 2001, saya melakonkan puisi “Superman Itu Wujud” yang disaksikan oleh Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi sempena Pelancaran Tahun Sukarelawan Antarabangsa Peringkat Kebangsaan. Selesai sahaja acara tersebut, Datuk Seri telah memanggil saya dan bertanya tentang minat saya, termasuklah sama ada saya ingin berpolitik. Memandangkan ketika itu saya sudah tidak melihat diri saya sebagai ahli politik, saya sekadar membuatkan ekspresi muka kurang berminat. Datuk Seri memahami reaksi saya.
Saya pernah beberapa kali dijemput menyampaikan puisi-puisi nukilan sendiri dalam rancangan televisyen “Anjung Budi” dan slot berita RTM.
Penulisan Semasa Sudah Bekerja
Apabila tamat peperiksaan akhir di UM, saya ditawarkan kerja sebagai Wartawan Penyiaran Eksekutif di TV3 dan bertugas menerbitkan program-program perniagaan berbahasa Inggeris. Saya kemudiannya menjalani Latihan Dalam Kamar (pupillage) di sebuah firma guaman sehingga ditauliahkan sebagai Peguambela dan Peguamcara Mahkamah Tinggi Malaya. Pada tahun 2005, saya menubuhkan firma perunding Wira Budiman & Associates sebagai wahana kecil-kecilan untuk menjalankan program-program pembangunan modal insan serta perhubungan awam.
Sejak melewati gerbang dunia pekerjaan, saya hanya terlibat dengan beberapa penerbitan kecil. Beberapa buah puisi saya telah dimuatkan ke dalam antologi KataHati yang dilancarkan semasa Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2006. Saya juga telah ditugaskan menulis buku nostalgia sejarah berkulit keras iaitu Lakaran Warisan yang diterbitkan pada tahun 2007. Peranan saya dalam penerbitan-penerbitan lain pula adalah sebagai penterjemah atau penyemak. Adakalanya, bila saya fikir perlu atau saya rasa mahu, saya menulis di blog peribadi saya iaitu www.wirabudiman.blogspot.com. Ilham rambang tetap tercetus pada pelbagai waktu, namun luahan pemikiran dan perasaan saya tidak semuanya saya paparkan untuk khalayak umum.
Sama ada untuk dikongsi atau sebagai penawar diri, penulisan tetap menjadi teman setia yang mengiringi saya sepanjang perjalanan hidup.
Posted by
Wira Budiman
at
5:45 AM
|
Links to this post
Labels: Activities, Personal Stories, Poems in Malay (Puisi-Puisi dalam BM)
15 July 2008
Six Old Poems | Enam Buah Puisi Lama
Alang-alang aku dah bukak cerita pasal puisi “Manis” dalam blog post yang sebelum ni, aku fikir elok saja aku paste keenam-enam buah puisi yang tersiar dalam Dewan Sastera Jun 2008. Lagipun, itu majalah bulan lepas, so tak salah untuk aku siarkan semuanya dalam blog ni. Rencana yang turut dimuatkan dalam majalah tu, bertajuk “Penulisan sebagai Teman”, akan aku paste dalam blog post yang seterusnya.
Anyway, puisi2 berikut ada yang ditulis semasa zaman sekolah, ada yang ditulis semasa zaman universiti. Samalah macam puisi2 yang aku paste di sini beberapa bulan lalu.. Dah lama dah..
Superman Itu Wujud
Ketika tahun umurku tiga
cita-citaku ingin menjadi...Superman!
.... .... MEREPEK, kata orang dewasa, DIA TIDAK WUJUD
.... .... “Superman hanyalah rekaan pengarang
.... .... berpakaian dalam dan terbang-terbang
.... .... benarkah dia kaujadikan ikutan?
.... .... kelak kau mati lompat bangunan.”
Dewasa sangkakan aku bodoh!
Ketika tahun umurku enam
tetap cita-citaku ingin menjadi...Superman!
.... .... MEREPEK, kata orang dewasa, DIA TIDAK WUJUD
.... .... “tidakkah kausedar muslihat asing
.... .... Superman itu sebenarnya pancing
.... .... mestikah ‘hero’ berkulit putih, bermata biru?
.... .... kelak Baratlah menjadi kiblatmu.”
Dewasa sangkakan aku bodoh!
Ketika tahun umurku sembilan
Masih cita-citaku ingin menjadi...Superman!
.... .... MEREPEK, kata orang dewasa, DIA TIDAK WUJUD
.... .... “tugas kau belajar, kemudiannya bekerja
.... .... menjadi kaya mendapat nama
.... .... bukankah itu cita-cita bangsa?
.... .... kelak kau akan matang juga.”
Dewasa sangkakan aku bodoh!
Wahai dewasa golongan penguasa
jangan kerana kau sudah dewasa
.... .... kaufikir dirimu benar sentiasa
jangan kerana kumasih kecil
.... .... kaufikir diriku berakal kerdil.
Aku bukannya budak hingusan bodoh
yang mudah diceroboh fahaman hodoh
atau dipengaruh kelakuan tak senonoh.
Cita-citaku ingin menjadi Superman
.... .... bukan kerana dia “orang terbang”
.... .... bukan kerana kukiblatkan Barat
.... .... bukan kerana kubenci realiti
namun kagumku hanyalah cuma
.... .... pada usaha dan sumbangan bermakna
.... .... dia yang tak pernah meminta-minta
.... .... balasan nama, pangkat & harta!
SUPERMAN ITU WUJUD!
Dan dia sukar dilawan
.... .... bukan kerana pantasnya memintas peluru
.... .... tapi kerana ikhlasnya membantu insan yang perlu
dia sukar dilawan
.... .... bukan kerana gagahnya menggugah jentera
.... .... tapi kerana tabahnya membela yang terabai, terdera
dia sukar dilawan
.... .... bukan kerana kuasa luarbiasa
.... .... tapi kerana budi dan jasa.
Dia sukar dilawan
kerana dia sukarelawan!
Oleh:
Wira Budiman Azizan
sempena Tahun Sukarelawan Antarabangsa
Diterbitkan dalam:
Dewan Sastera, Dewan Bahasa & Pustaka (Jun 2008)
Manis
Ada yang gelap, pudar
ada yang cerah, terang
.... .... ada yang pendek
.... .... ada yang panjang
ada yang lembut, licin
ada yang keras, kasar
.... .... ada yang kecil
.... .... ada yang besar.
Sejak bermula
pelbagai jenis
.... .... sudah sempurna
.... .... baik-buruknya
gula-gula
bersifat manis
.... .... bukan kerana
.... .... rupa bentuknya.
Oleh:
Wira Budiman Azizan
Diterbitkan dalam:
Dewan Sastera, Dewan Bahasa & Pustaka (Jun 2008)
Taasub
Tersebar khabar nan berperisa
selera wartawan antarabangsa:
“M pengotor, firaun diktator
penggila kuasa, pembela pemangsa
.... .... pesta undinya mencerap palsu
.... .... akta kejinya menyerap isu
mulia mahkamahnya didokong sampah
media penyembahnya dikongkong sumpah
.... .... dan mulut
.... .... yang benar tak dapat menjamah.”
Tuduhan asing terhadapmu M
tak mungkin membuatkan kuterpedaya
jangan kau bimbang, pemimpinku M
Milosevic Serbia Raya.
Tersebar khabar nan berpewarna
tinta pembangkang dalam negara:
“M penyamun, diktator firaun
pembolot harta, pembelot cinta
.... .... dasarnya tiada penerapan telus
.... .... sasarnya pada pemerapan fulus
amanah rapuhnya menyara ‘kroni’
kerenah angkuhnya mendera madani
.... .... dan tangan
.... .... yang salah tak dapat digari.”
Tuduhan samseng terhadapmu M
tak mungkin membuatkan kupercaya
jangan kau bimbang, pemimpinku M
Milosevic Serbia Raya.
Kau sempurna, kau bijaksana
penambat, penyekat sahabat durjana
kau luarbiasa, kau berjasa
pengubat, pengangkat martabat bangsa.
Kaulah wira, kaulah juara
berkesan, berani, berwawasan, murni
akan kukenang, akan kucanang
jangan kau bimbang, pemimpinku M!
Oleh:
Wira Budiman Azizan (5-7 Oktober 2000)
sempena kejatuhan Slobodan Milosevic
Diterbitkan dalam:
Dewan Sastera, Dewan Bahasa & Pustaka (Jun 2008)
Bukannya Lilin
Andainya kuingin pertahankan
suatu perumpamaan lazim
cukuplah kusamakanmu
dengan “lilin nan menyumbangkan cahaya
dalam kegelapan penuh bahaya
tatkala diri teraniaya”
namun itu
tetap tidak kupercaya!
Dalam menyumbangkan cahaya
garis-garis sinar lilin kan tempang
sekali dihalang pepejal sebarang.
Dalam menerangkan kegelapan
nyalaan lilin kan layu
sekali disapu angin yang lalu.
Dalam membiarkan diri teraniaya
manfaat lilin kan selesai
sekali terurai sumbu dipakai.
Walau kusedari di kalangan yang lain
ada juga lilin yang tulen
dirimu bukan seperti mereka
kerana ibadat kerjayamu suatu perjuangan
kerana ketabahanmu suatu teladan
kerana manfaat pengorbananmu suatu keabadian.
Keranamu
perumpamaan lazim menjadi zalim...
Oleh:
Wira Budiman Azizan, 18 tahun (Februari 1998)
Diterbitkan dalam:
Dewan Sastera, Dewan Bahasa & Pustaka (Jun 2008)
Malam Air Mata Lelaki
Air mata kita
malam ini
kelemahan kaum Adam
.... .... atau
kekuatan persaudaraan terpendam?
Kita perlu malu
andainya malam ini
kanta mata kita
beku tanpa rohnya
kering tak beriring.
Kita perlu malu
andainya malam ini
diari memori lari
mengewap tanpa jasadnya
hilang tak dikenang.
Mata-mata yang merah
pipi-pipi yang basah
suara serak terpatah-patah
mengungkap kembali segala sejarah
persekampungan separuh dasawarsa
persahabatan sepenuh rasa.
Selepas malam ini
kita pasti berjumpa lagi
kita pasti bermesra kembali
berlawak jenaka pelbagai gaya
tetapi pastinya juga
keadaan tak akan sama
kerana malam ini
adalah sempadan suasana.
Maka anak-anak jantan
menangislah malam ini
kenanglah malam ini
kerana malam ini tak mungkin kembali
dan
kita tak perlu malu.
Oleh:
Wira Budiman Azizan, 17 tahun (16 Disember 1996)
sempena suatu majlis perpisahan
Diterbitkan dalam:
Dewan Sastera, Dewan Bahasa & Pustaka (Jun 2008)
Isy, Isy, Isy...
Malam ini
meskipun lena yang kulaparkan
meskipun mimpi indah yang kudahagakan
belum dapat kutidur lagi
mungkin kerana tadi
sepanjang siang kusaksikan
suatu pesta seni
lukisan-lukisan kehidupan
kulihat hamba-hamba bergelar raja
kulihat raja-raja bergelar hamba
kulihat enggang;
.... .... hidupnya senang
.... .... .... .... langitnya lapang
kulihat pipit;
.... .... hidupnya perit
.... .... .... .... langitnya sempit
itupun
baru sesudut yang kutinjau
di pesta seni itu
isy, isy, isy...
gantikanlah temanya
dan benarkanlah aku tidur
sekenyang-kenyangnya.
Oleh:
Wira Budiman Azizan, 16 tahun (Ogos 1996)
Diterbitkan dalam:
Dewan Sastera, Dewan Bahasa & Pustaka (Jun 2008)
Posted by
Wira Budiman
at
11:50 PM
|
Links to this post
27 June 2008
Nelson Mandela, Konsert Hari Ini, Keadilan Antara Kaum, Puisi "Manis"
"Freee-eee.. Nelson Mandela.."
Lirik lagu tu masih terngiang-ngiang di kepala aku. Ketika itu tahun 1988. Aku masih kecil. Rakyat UK telah mengadakan konsert besar-besaran di Stadium Wembley, England, sebagai tanda protes mereka terhadap dasar perkauman rejim Apartheid di Afrika Selatan ketika itu.. mereka, bersama warga dunia, menuntut pembebasan Nelson Rolihlahla Mandela..
Banyak telah berlaku semenjak itu. Dasar Apartheid telah dimansuhkan di Afrika Selatan. Nelson Mandela telah dibebaskan, malah sempat memimpin negaranya sebagai Presiden. Beliau terus menjadi inspirasi buat pejuang2 keadilan dan anti-perkauman di seluruh dunia. Aku pula menjadi remaja dan seterusnya dewasa, menyaksikan pelbagai sifat perkauman yang masih wujud di sekeliling aku. Ya lah. Itu realiti.
Hari ini, suatu konsert amal besar-besaran bakal diadakan untuk meraikan ulangtahun hari lahir Nelson Mandela yang ke-90. Acara ini bertujuan membantu perjuangan terkininya dalam meningkatkan kesedaran tentang HIV/AIDS di rantau Afrika. Menyaksikan keterujaan media di UK memaparkan persiapan untuk acara ini hanya mengingatkan aku kepada konsert di Stadium Wembley yang diadakan 20 tahun dahulu. Kebetulan aku berada di sini semula ketika ini.
Sejak dibebaskan, Nelson Mandela telah melibatkan diri dalam pelbagai isu serta penyelesaian pelbagai konflik di rantau Afrika (konflik2 peribadi tu lain cerita la). Sungguhpun begitu, beliau barangkali akan lebih dikenang sebagai pejuang keadilan antara kaum. Puisi "Manis" adalah antara puisi2 aku yang tersiar baru2 ini. Yang memahami cara penulisan aku mungkin dapat mengagak apakah kaitannya dengan perjuangan insan2 seperti Nelson Mandela.
[Nota ditambah pada 15/7/2008: Puisi "Manis" telah di-delete di sini dan di-paste ke dalam blog post yang seterusnya.]
Posted by
Wira Budiman
at
5:23 PM
|
Links to this post
Labels: On Being Human, Personal Stories, Poems in Malay (Puisi-Puisi dalam BM)
23 May 2008
Cerita Terbaru? (Facebook, Cuti Panjang Bermula, Kemunculan dalam Majalah Dewan Sastera Jun 2008)
Berikut adalah beberapa cerita terbaru yang takkan masuk dalam berita TV atau akhbar:
1) Facebook
Aku baru je join Facebook. Mujurlah tak melalaikan sangat. Dapat pulak jumpa kawan2 yang dah lama aku lost contact. Tu yang syok tu. Terasa indah macam masa mula2 join Friendster dulu la katakan..
2) Cuti Panjang Bermula
Aku akan mula bercuti panjang dari 31 Mei 2008. Kalau tahun2 sebelum ni "cuti panjang" aku cuma selama sebulan atau dua bulan, kali ni cuti panjang aku akan jadi jauh lebih panjang daripada tu. Destinasi aku bukanlah tempat yang baru bagi aku, tapi ada perkara2 yang lebih menarik untuk aku buat di negara tu berbanding tahun2 yang lalu.
Aku putuskan bahawa fasa baru dalam hidup aku akan dimulakan semasa aku bercuti tu. Kepada yang bertanya aku bulan lepas (dan sehingga kini aku belum jawab), fasa baru yang dimaksudkan tu tak ada kaitan dengan urusan nikah-kahwin laa. Yang pasti, aku terpaksa melepaskan peluang untuk menghadiri beberapa majlis perkahwinan kawan2. Ada 3 orang kawan mintak aku jadi pengacara majlis diorang (salah sorang tu aku tau dia sesekali baca blog ni), tapi apa nak buat, cuti panjang aku ni dah lama dirancang. Tiket2 pun dah lama dibeli. Maaf sekali lagi, ye..
3) Kemunculan dalam Majalah 'Dewan Sastera' Jun 2008
Aku bakal mencemari majalah Dewan Sastera. Dalam keluaran bulan depan (Jun 2008), majalah tu akan memuatkan satu rencana tentang penglibatan aku dalam dunia penulisan sejak kecil hingga sekarang (masih kecil.. tapi konon2nya dah dewasa). Akan diselitkan sekali 6 buah sajak aku yang belum diterbitkan dalam mana2 media-sebaran-luas. Aku ni penulis yang biasa2 je. Bukannya aktif macam orang lain. Entah siapalah yang sebut nama aku kepada Dewan Sastera pada awal tahun ni (terharu jugak sebab masih ada yang ingat). Aku pun kirim je lah rencana ala autobiografi dan "beberapa buah puisi" seperti yang diminta.
Hmm.. aku rasa suspen lah. Macam mana agaknye rencana tu setelah diorang edit. Macam mana agaknya diorang susun sajak2 aku tu, sebab aku biasanya pentingkan kesan2 visual juga. Contohnya, kalau ada baris tu kelihatan panjang akibat ruang kosong (tab) sebelum perkataan pertamanya, aku harap diorang takkan patahkan baris tu menjadi dua baris pula. Selalunya, ada sebab mengapa aku letak sesuatu perkataan tu di hujung sesuatu baris. Apa2pun, aku berterima kasih sebab diorang sudi siarkan kesemua sajak yang aku kirimkan.
Posted by
Wira Budiman
at
2:54 AM
|
Links to this post
Labels: Activities, Notes to Myself, Personal Stories, Travel
10 May 2008
Cinta Monyet = "Monkey Love" = "Cinta Anak Anjing" = Puppy Love
Aku teringat balik kisah cinta zaman kanak2 dulu. Ini semua kawan2 aku punya pasal lah.
Diorang masing2 tulis blog post tentang cinta zaman kanak2. Sorang tu tulis pasal iklan TV dia yang menang beberapa anugerah antarabangsa (aku tumpang bangga iklan dia menang anugerah2 berprestij dunia). Iklan TV tu pasal cinta sorang kanak2 lelaki Cina dan sorang kanak2 perempuan Melayu; tersiar sebagai salah satu iklan Petronas sempena Merdeka tahun lalu. Sorang lagi tulis pasal orang dewasa yang suka usik kanak2 yang berkawan dengan jantina berlainan, sehingga dah jadi pressure kepada kanak2 tu. Sorang lagi pulak tulis pasal kenang2an cinta zaman dia kanak2. Aku pun nak tulis pasal tu jugak lah. Haha.. gatal..
Masa aku kanak2 dulu, aku takde kisah cinta yang bersifat dua hala.. Setakat ada crush (minat/syok) kat orang je lah.. dan seingat aku, taste aku pada pelbagai bangsa dan warna kulit.. hitam, putih, kuning, coklat (memang aku anti-Apartheid sejak 1980an lagi.. tak tipu!).
Crush pertama aku terjadi masa aku berumur 4 tahun. Aku tak ingat langsung nama budak perempuan tu, mahupun rupa dia. Sama ada aku betul2 syok kat dia pun, aku tak pasti. Yang pasti, mak aku bagitau aku, masa aku berumur 4 tahun dulu, mak aku menghendap aktiviti aku di sekolah (Infant School ala tadika), dan dia nampak aku cium pipi budak tu. Fuh. Mujurlah aku bukan public figure. Kalau tidak, memang leceh aku nak jawab skandal ni. Mak sendiri jadi saksi lak tu.. Eh, tapi ni dikira crush ke? Apa2 je lah..
Crush kedua aku pulak terjadi masa aku berumur 7 tahun. Budak perempuan tu setahun lebih tua daripada aku. Bila nak ke sekolah tiap2 hari, kami lintas jalan yang sama. Kadang2 kami kena pegang tangan bila lintas jalan sebab makcik yang jaga lalulintas tu suruh. Di sekolah, mulut dia agak cabul terhadap kawan2 aku tapi aku tetap syok kat dia (takde semangat kesetiakawanan langsung aku nih). Pernah sekali dia datang ke rumah aku bersama mak bapak dia. Bila diorang mintak aku main piano depan diorang, aku segan giler sebab dia ada kat situ. Aku tak sure sama ada aku main piano dengan sempurna atau tak di depan diorang, sebab aku self-conscious habis masa tu. Aku tau aku blushing, sebab masa tu aku dapat rasa muka aku jadi panas. Lepas diorang balik, aku diejek oleh kakak aku. Malu siot. Lepas tu mak bapak aku pulak kenen2kan aku. Aibbb...
Crush ketiga aku terjadi setahun kemudiannya. Budak perempuan tu dua tahun lebih tua daripada aku (tadi budak yang beza setahun, sekarang budak yang beza dua tahun pulak). Aku memang tak pernah tegur dia, sebab dia jauh lebih tua. Suatu hari tu, masa aku berlari-lari di koridor sekolah, aku tersungkur di depan dia. Memang memalukan. Tak cool langsung. Aku cuma mampu bangun, continue berlari dan menghilangkan diri. Kalau nak cover malu dengan buat2 terjatuh berulangkali dan kata "Ni cuma hobi", aku rasa kurang berkesan lakonan macam tu..
Tak lama lepas tu, baru aku dapat tau yang rupa2nya aku tersungkur tu sebab ada sorang budak laki pasang "jerat" masa aku tengah berlari-lari tu, so aku terlanggar "jerat" tu dan "terbang" dengan tak sengaja, sampai akhirnya mendarat di lantai koridor. Damn..
Crush keempat aku terjadi pada semester pertama Darjah 5 di Sekolah Kebangsaan Telok Ayer Tawar, Butterworth. Cikgu darjah (Puan Zuraida nama dia) melantik aku jadi Ketua Darjah semata2 sebab aku dapat markah penuh dalam ujian pertama Alam & Manusia (topik: "Tanah-Tanih"), dan dia menempatkan aku di antara dua orang awek. Awek di sebelah kiri aku adalah Penolong Ketua Darjah manakala awek di sebelah kanan aku adalah minah yang suka tiru kerja aku. Walaupun member2 satu kelas suka usik konon2 aku bercouple dengan Penolong Ketua Darjah tu, tapi aku sebenarnya syok kat minah yang suka tiru kerja aku tu. Kalau waktu belajar, minah tu memang lemah.. tapi kalau waktu sukan, dialah paling terror. Aku pulak terbalik.
Aku dan minah tu memang rapat la masa tu; bergurau-senda, bergelak-ketawa dan sebagainya.. tapi setakat tu sajalah "perhubungan" kitorang. Bila tiba semester kedua, aku dah kena pindah ke kelas lain pulak dah.. Aku terpaksa jadi bahan eksperimen sekolah..
Crush kelima aku terjadi pada semester kedua tu. Cepat jugak aku berubah hati.. maybe sebab aku dah anggap minah semester pertama tu terlalu jauh daripada aku (di kelas sebelah). Di kelas yang baru ni, member2 satu kelas suka usik konon2 aku bercouple dengan budak perempuan yang duduk di depan aku.. tapi aku sebenarnya minat kat budak perempuan lain.. Malangnya, awal2 lagi aku sedar yang aku gagal memenuhi citarasa budak perempuan yang aku minat tu.
Bukan apa.. masa tu, kulit aku masih cerah dan belum sawo matang macam sekarang. Budak perempuan yang aku minat tu pulak, taste dia pada budak lelaki yang berkulit gelap. Bagi dia, kulit gelap tu tanda macho. Selain tu, dia suka budak lelaki yang mat sukan. Sah2 aku tak menepati kedua-dua kriteria tu.
Sepanjang semester kedua Darjah 5 sampailah ke Darjah 6, aku berusaha untuk menggelapkan kulit aku. Aku pulun bersungguh2, main rounders dan main bola setiap petang dengan budak2 di satu taman perumahan (nama taman tu "Taman Wira"). Masa tu, padang permainan kami memang kat sebelah pantai, so aku dapat la sinaran matahari yang banyak. Konon2 nak dapatkan kulit yang gelap di samping menjadi mat sukan lah tu. Apabila padang di sebelah pantai tu ditutup (akibat kerja2 reclamation tanah), kawan2 aku di Taman Wira "bercuti" daripada main rounders dan bola. Aku pulak pergi main badminton di taman perumahan sebelah.
Akhirnya, kulit aku berjaya menjadi lebih gelap.. TETAPI.. by that time.. budak perempuan yang aku minat tu dah terpikat dengan sorang budak lelaki yang baru join kelas aku. Budak lelaki tu bukan sahaja macho (berkulit gelap hitam manis), malah dia memang terror bersukan, tak macam aku yang hampeh ni.. hehe..
Ye la ye la.. Actually, aku tau ada satu lagi faktor besar nape aku tak mungkin berjaya pikat budak perempuan yang aku minat tu. Something to do with my own failure to become a part of the "approved crowd" at the time.. hehe.. Apa2 je lah.. Kisah cinta zaman kanak2.. Alamak aku takde ending yang menarik la.. Ahh bior je la tergantung camni..
By the way, bila aku masuk sekolah berasrama penuh yang SEMUA LELAKI pulak, macam2 kisah lain yang terjadi (yang berkaitan dengan PEREMPUAN la).. tapi kalau aku nak blog tentang kisah2 zaman remaja di SDAR, aku akan guna blog "Nostalgia: SDAR" je lah..
Posted by
Wira Budiman
at
10:37 AM
|
Links to this post
Labels: Personal Stories
06 May 2008
Kerek dan Poyo
Kadang2, aku suka me-musykil-kan diri dengan perkara2 yang tak penting. Aku panggil keadaan ni sebagai "kemusykilan sia2". Antara kemusykilan sia2 aku ialah bila manusia menggunakan satu perkataan untuk gambarkan maksud yang berbeza.
Masa aku kecik2 dulu, orang dewasa yang aku kenal telah guna perkataan "kerek" untuk gambarkan sifat eksyen / berlagak / macam bagus. Masa di sekolah asrama pulak, perkataan kerek tu jarang digunakan, tapi bila digunakan, maksudnya tetap sama, iaitu untuk gambarkan sifat eksyen / berlagak / macam bagus.
Masa aku banyak berkawan dengan budak2 dari sekolah2 lain pulak, aku mula sedar bahawa penggunaan perkataan kerek tu ada masanya tak membawa maksud yang sama. Ada orang guna perkataan "kerek" untuk gambarkan sifat cool / terror / hebat. Aku tau lah, di sebelah selatan tanahair, memang ada orang guna perkataan "gerek" (dengan huruf "g") untuk gambarkan sifat cool / terror / hebat.. tapi entah camner "kerek" pun boleh membawa maksud yang sama dengan "gerek".
Oh ya, di utara tanahair pulak, perkataan "gerek" (dengan huruf "g") merujuk kepada "basikal", dan menurut kawan aku, di Sarawak, perkataan "gerek" (dengan huruf "g") merujuk kepada teman lelaki/teman wanita.
Anyway, perbezaan maksud "kerek" tu adalah kemusykilan sia2 aku yang dah expired. Sekarang ni, kemusykilan sia2 aku adalah tentang penggunaan perkataan "poyo" pulak. Perkataan ni digunakan oleh aku dan kawan2 sejak di universiti dulu, tapi aku tak tau perkataan ni berasal dari mana. Perkataan ni bermaksud eksyen / berlagak / macam bagus. Contoh2 ayat poyo:
Mamat poyo: Aku ni bukannya tak boleh dapat awek tu. Aku cuma tak nak je.
Minah poyo: Aku ni bukannya tak boleh dapat balak tu. Aku cuma tak nak je.
Hmm.. contoh2 ayat di atas memang redundant dan tak berapa kreatif, tapi the point is, itulah contoh2 ke-poyo-an mengikut pemahaman aku dan kawan2. Kami guna perkataan poyo untuk gambarkan sifat eksyen / berlagak / macam bagus.
However, sekarang ni, daripada apa yang aku duk baca/dengar daripada orang lain, ada juga orang guna perkataan poyo ni untuk gambarkan sifat lembik / lemah. Contohnya, "muka poyo" adalah muka yang kelihatan "toye" dan "blurr". Ada juga orang guna perkataan poyo ni untuk gambarkan sifat canggung / serba tak kena. Contohnya, "poyo je cara orang tu berjalan" bermaksud "orang tu berjalan dengan gaya yang serba tak kena". Ada juga orang guna perkataan poyo ni untuk gambarkan sifat beria-ia/iyo-yo. Contohnya, "poyo je dia tu" ertinya "dia tu beria-ia saja". Ada juga orang guna perkataan poyo ni untuk gambarkan sifat over / jiwang karat. Contohnya, "aku rasa poyo je hari ni" boleh bermaksud "aku terasa jiwang karat je hari ni".
Aku ada banyak lagi kemusykilan sia2 macam ni.. tapi aku tergerak pulak untuk tulis pasal penggunaan perkataan kerek dan poyo ni. Maybe sebab aku dah beberapa kali pernah guna perkataan poyo dalam blog ni.
Posted by
Wira Budiman
at
10:46 PM
|
Links to this post
Labels: Language, Personal Stories
04 May 2008
Blog Dato' Seri Anwar Ibrahim, Blog Tun Mahathir Mohamad dan Blog Bapak Aku
Pada 23 Jun 2006, Puan Nurul Izzah Anwar bagitau aku yang bapaknya dah ada blog. Hampir dua tahun kemudiannya, iaitu pada 1 Mei 2008, Datin Paduka Marina Mahathir pulak bagitau aku yang bapaknya dah ada blog. Kedua-duanya wanita yang aku hormati. Kedua-duanya anak sulung kepada pemimpin2 negara. Kedua-duanya cukup sayangkan bapak masing2, walaupun mereka mempunyai pandangan yang bebas & tersendiri tentang sesetengah isu atau kaedah politik..
Hakikatnya, aku dah berpuluh-puluh tahun mendengar dan membaca apa bapak diorang duk kata pasal rakyat dan negara.. Sejak kecik lagi, aku berusaha menghadiri acara2 ceramah bapak diorang dan membaca sedikit-sebanyak hasil penulisan bapak diorang. Sejak kecik lagi, aku berusaha mengambil tahu tentang kisah2 bapak diorang di sebalik tabir dan menyampaikan idea2 atau perjuangan2 yang aku fikir baik. Sejak kecik lagi, aku berusaha memberi respon2 aku sendiri melalui kaedah2 halus dan kadang2 agak kasar terhadap perkara2 yang aku fikir TAK baik.. dan kini pula, aku boleh bandingkan semua itu dengan apa yang diperkatakan dalam blog2 bapak diorang..
Terus-terang, ada sesetengah perkara yang membuatkan aku cukup kecewa dengan bapak diorang serta pengikut2 taksub dan fanatik bapak diorang.. tapi aku tak dapat meluahkannya dalam hanya satu blog post di sini.
Aku bukanlah seorang wanita yang dihormati dan aku bukanlah anak sulung pemimpin negara seperti diorang, tapi kalaulah bapak aku ada blog nanti, dioranglah antara orang terawal yang aku akan bagitau.. Biarlah diorang pulak yang ambil tahu tentang apa bapak aku nak kata pasal rakyat dan negara..
Bapak aku hanyalah seorang rakyat biasa, tapi aku rasa banyak perkara baik yang rakyat biasa (macam bapak aku) boleh kongsi dengan pemimpin2 (atau anak2 pemimpin) negara.. Sama ada pemimpin2 (atau anak2 pemimpin) negara akan betul2 ambil tahu atau tidak tu, terpulanglah...
Posted by
Wira Budiman
at
3:10 AM
|
Links to this post
Labels: Politics
30 April 2008
Aku Kerapkali Dirogol
Aku berani bersumpah. Pengalaman2 yang aku bakal tulis ni benar2 belaka. Dah lama aku nak luahkan dan ceritakan, tapi aku cuma memendamkannya.. Semoga kali ni aku dapat luahkan dan ceritakan dengan tenang..
AYAT INI ADALAH KENYATAAN/FAKTA:
Orang lain kerap kali memasukkan sesuatu ke dalam tubuh badan aku, walaupun aku tak merelakannya.
Elemen2 penting di sini:
(i) orang lain;
(ii) memasukkan sesuatu ke dalam tubuh badan aku; dan
(iii) aku tak merelakannya.
Walaupun aku menganggapnya sebagai "rogol", keadaan yang aku maksudkan ni tak ditakrifkan sebagai rogol di bawah Kanun Keseksaan kita ataupun akta2 lain, maka aku tak dapat membuat laporan rasmi atau mengharapkan kawan2 dalam PDRM atau Pejabat Peguam Negara mengambil tindakan terhadap mereka yang buat perkara ni kepada aku.
Itu dari segi undang2 jenayah. Dari segi undang2 sivil pula, kalaupun perkara ni boleh tergolong sebagai kesalahan Tort, aku rasa susah aku nak buktikan secara spesifik yang kesalahan ni dilakukan oleh para pelaku.. elemen2 Tort tak lengkap..
Agaknya, inilah masalah yang dihadapi oleh orang lain yang macam aku. Kerap kali, bila keluar dari rumah, bila berada di tempat awam.. ada saja sesuatu benda yang dimasukkan ke dalam tubuh badan kitorang, walaupun kitorang tak merelakannya. "Sesuatu benda" yang aku maksudkan ni.. ialah asap rokok..
Sebelum sesiapa terus declare perang dengan aku, elok aku kata di sini yang aku TAK benci kepada semua orang yang merokok. Malah, aku rasa.. mungkin 90% daripada kawan2 aku - baik lelaki mahupun perempuan - adalah active smokers (golongan yang hisap batang ... rokok), manakala 10% yang selebihnya adalah passive smokers (golongan yang terpaksa hisap asap rokok orang lain dan menghadapi risiko kesihatan yang lebih teruk).
Bagi aku, selagi orang tak kacau aku dari segi fizikal atau mental, selagi itu aku tak kacau dia. Kawan2 aku pun tau, kalau diorang nak rokok sampai sasau setiap hari pun aku tak kisah, sebab apa2 yang diorang buat, asalkan tak melibatkan aku, aku anggap sebagai hal peribadi masing2. Aku ada pandangan tertentu untuk diri aku sendiri, tapi hak masing2 adalah hak masing2.
Pada masa yang sama, aku respek kawan2 aku yang memang tau aku tak suka jadi passive smoker. Bila diorang melepak dengan aku, diorang dengan baik hatinya akan budget supaya asap rokok diorang pergi ke tempat lain. Dalam ruang yang sempit pun diorang boleh bagi asap rokok diorang cilok keluar. Giler abi dowh. Itu tandanya diorang ada skill.. dan diorang hormat member. Bagi aku, orang yang menghormati orang lain, layak dihormati kembali.
Yang jadi masalah bagi aku hanyalah bila asap rokok orang benar2 mencerobohi tubuh badan aku dalam keadaan2 yang mana aku jelas tak merelakannya (ada juga keadaan yang mana aku merelakannya, contohnya bila aku masuk ke tempat yang aku tau sememangnya penuh dengan asap rokok). Maka, dalam keadaan tubuh badan aku ditembusi jauh ke dalam TANPA kerelaan aku, aku menganggap diri aku telah DIROGOL (bunyik dayus siot.. ah pedulik apa.. ini blog aku!).
Bukannya aku tak reti mengelak asap rokok atau tak reti pilih tempat yang jauh dari perogol2 ni, tapi kadang2 tu, walaupun aku dah elak atau pilih tempat sehabis baik pun, adaaa je jerebu melanda dan mengubah indeks pencemaran udara di sekeliling aku.. Malah, dalam ruang "non-smoking" di restoran atau hotel pun adaaa je perogol yang selamba menunjukkan kehebatannya membentuk isyarat asap..
Bukan semua perokok berperangai macam perogol2 ni. Kalangan yang melampau ni sajalah yang membuatkan aku marah.. Perogol2 terlampau ni, secara sedar atau tak sedar (dengan niat atau tidak), adalah manusia yang gagal menghormati orang lain..
Diorang adalah penceroboh yang MENCABUL KEHORMATAN orang lain. Sebab apa aku kata macam tu? Sebab diorang gagal menghormati TUBUH BADAN orang lain..
Diorang adalah penceroboh individu; MENGISI LUBANG hidung dan saluran pernafasan orang lain DENGAN sisa BATANG yang mempunyai lebih daripada 4000 jenis racun yang bakal tersebar di seluruh badan orang itu (kalau diorang setakat nak rosakkan badan sendiri tu, tak kisah lah, tapi ini badan orang lain)..
Diorang juga adalah penceroboh negara; Aku bukannya BERMAIN-MAIN jika aku katakan bahawa diorang umpama boneka "pihak musuh" yang bertugas merosakkan paru2 di DADA rakyat tempatan DENGAN kesudian diorang untuk terus menyokong syarikat2 rokok yang RAKUS.. Yang kaya semakin kaya, yang miskin semakin miskin (kartel/industri rokok rata2 dah kena belasah oleh mahkamah2 dan undang2 di banyak negara maju, so sekarang syarikat2 rokok ni memberi tumpuan kepada rakyat negara2 membangun sebagai pasaran "pak sanggup" jangka panjang)..
Hmm.. Jadi, apa solution untuk masalah rogol macam ni?
Mungkin orang macam aku patut bawak kipas kecik, yang saiznya macam bekas pepper spray tu. Kalau ada orang nak merogol je, kitorang boleh halakan kipas kecik tu kat muka para perogol, supaya asap rokok diorang pusing balik ke muka diorang. Diorang kan suka asap rokok? Buat apa bagi asap rokok tu kepada kitorang yang tak nak asap rokok? Membazir je.. Sekurang2nya, kipas kecik kitorang mampu tolong diorang dalam me-maksimum-kan nikmat merokok.. Kekeke.. Tapi ye lah ye lah.. Aku tau lah.. segala racun daripada asap rokok bukannya boleh dihalau dengan satu kipas kecik tuu pun..
Posted by
Wira Budiman
at
1:05 AM
|
Links to this post
Labels: Online Bitching
23 April 2008
Amateur-ish Attempts at Haiku
Since I'm no good at Japanese, I decided to try out the 5-7-5 syllable pattern in English instead..
THE BIGGER CREATURES:
Ants toil in a team
patiently they carry crumbs
and do not nibble.
THE ELEGANT SILENCE:
Guard-dog madly barks
stray-dog, calmly passes by
understands the job.
THE WOMAN WHO GETS LITTLE CREDIT:
Toddler reaches out
crying for dad's warm embrace
mum is left alone.
THE SUDDEN REMINDER:
A flash of lightning
shortly the night becomes day
my lamp is humbled.
Posted by
Wira Budiman
at
1:59 AM
|
Links to this post
Labels: Language
15 April 2008
Fasa Kini Berakhir Satu Setengah Bulan Lagi
Terlalu banyak.
Terlalu banyak yang aku nak kongsi di sini. Sampai aku tak jadi kongsi (biasalah tu macam tu).
Kebelakangan ini, aku menghadiri beberapa acara yang aku anggap menarik, meluangkan masa bersama beberapa personaliti tanahair yang dihormati ramai, bertemu kawan2 baru di sana-sini dan kepala aku pulak berserabut dengan macam2 idea untuk macam2 perkara. Masa berlalu dengan begitu pantas sekali, dan aku pun tak cukup rajin untuk taip tentang semuanya di dalam blog ni.
Mungkin dua atau tiga acara/perjumpaan tu bolehlah aku rakamkan di blog ni, terutama sebagai tanda penghargaanku kepada sesetengah individu yang aku jumpa ataupun sebagai sumbangan kritikanku tentang sesuatu perkara yang sedia umum (NOTA: Kritikan juga adalah satu bentuk sumbangan).
Apa2 pun, aku cuma ada satu setengah bulan lagi untuk lakukan/siapkan macam2 dalam fasa hidup aku yang sekarang ni. Itupun setelah deadline ditangguhkan selama 6 bulan. Mudah-mudahan deadline tak perlu ditangguhkan lagi. Selepas satu setengah bulan ni, bermulalah fasa baru dalam hidup aku.
Tak sabar pun ada. Gementar pun ada. Apa-apa pun, busy busy busy...
:)
Posted by
Wira Budiman
at
11:00 AM
|
Links to this post
Labels: Notes to Myself
04 April 2008
Statesman? Negarawan?
English: In politics, I define "statesmanship" not only as the "skill & wisdom in managing public affairs", but also the skill & wisdom in acting as a BRIDGE BUILDER between all races, religions, political parties and EVEN different camps within political parties. Note that I used the phrase "bridge builder" instead of "fence builder".
I feel it's weird that we always call someone a "statesman" when he might have actually been the most skillful FENCE builder all this while. Although it sounds rather impossible, we need more leaders who can build bridges, not fences.
OK.. and this is the part where I admit that my definition/idea means nothing to most people..
P/S: Normally, I prefer to use the term "statesperson" rather than "statesman", but that will lead to a longer story.
*********************************
BM: Dalam politik, aku mentakrifkan "kenegarawanan" bukan hanya sebagai "kemahiran & kearifan menguruskan hal2 awam", tetapi juga kemahiran & kearifan untuk bertindak sebagai PEMBINA JAMBATAN antara semua bangsa, agama, parti politik MALAH juga kem2 berbeza dalam parti politik. Perhatikan bahawa aku gunakan frasa "pembina jambatan" dan bukannya "pembina pagar".
Aku rasa pelik bila kita selalu menggelarkan seseorang itu sebagai "negarawan" sedangkan dia mungkin sebenarnya orang yang paling handal membina PAGAR selama ini. Walaupun bunyinya agak mustahil, kita perlukan lebih ramai pemimpin yang boleh membina jambatan, dan bukannya pagar.
OK.. dan di sinilah bahagian yang mana aku mengaku bahawa takrifan/idea aku ni tak membawa apa2 makna kepada kebanyakan orang..
Posted by
Wira Budiman
at
5:07 PM
|
Links to this post
30 March 2008
A Silly Argument
I don't think all arguments are bad. Some arguments are necessary. I suppose, arguments that are constructed in a civil manner can be considered as debates, and to me, debates are healthy. They're healthier than merely cursing people, and they're healthier than resorting to physical violence or war.
A good debate is when there is a direct clash of ideas, where a person is able to engage in a head-on combat with another person, and where both parties choose and explain the best points to justify their ideas. As an analogy, a clash of ideas would look like this:
Tom: The glass is half EMPTY, because of this, this, this..
Jerry: The glass is half FULL, because of this, this, this..
Here, both Tom and Jerry get to debate their ideas head-on, so all is fine.
Recently, however, two people found themselves caught in a silly argument. An argument is "silly" when it does not even involve any clash of ideas, but instead is just a series of misunderstandings about one another's words.
A silly argument does not really allow anyone to debate properly, because one's point has been misunderstood by the other party, or one's words have been taken out of context completely. The recent silly argument was NOT related to glass/water/plastic/orange juice whatsoever, but the following example is just an analogy of what happened:
Tom: I think the glass is half empty, because of this, this, this..
Jerry: You know what? I think that isn't a real glass.. maybe it's made of plastic.. hehe..
[NOTE: This was an attempt by Jerry to purposely shift the topic, and the standard friendly giggle was included at the end.]
Tom: It doesn't matter whether it's glass or plastic, the point is it's half empty because of this, this, this..
Jerry: Hmm.. You know, I think we already have the technology to make plastic look like that.. Anyway, I understand your point, though.. :)
[NOTE: Jerry inserted a smiley, indicating that he was not trying to be confrontational.]
Tom: You SAY you understand my point but ACTUALLY you DON'T understand my point. If you understood my point, you wouldn't keep on talking like that.
[NOTE: An accusation was hurled at Jerry. Tom has now accused Jerry of overstating Jerry's own ability to understand. Jerry does not like to be accused that way, because Jerry is the type who would simply admit things he does not understand.]
Jerry: Hey.. I do understand what you meant about the glass being half empty, but I was only saying that THAT "glass" you're referring to might not really be glass and that we probably have the technology to make plastic look like that. That's all. I wasn't condemning your point. I was only talking about the material of that "glass".
Tom: See, there you go again. You don't understand my point.
Jerry: I do understand your point about the glass being half empty. Let me reiterate, I'm just talking about the possibility of that "glass" not being made of glass. You didn't understand my point so you thought I didn't understand your point. Right?
Tom: Hey, I do understand your point, ok? You said it's plastic when I said it's glass. See, I understand your point, but wait a minute.. Oh, so you have a theory about that glass being plastic, is it? Well, my friend, your plastic theory is ridiculous anyway. You clearly don't know what you're talking about.
Jerry: Fine, my theory is ridiculous. But still, you should not have said I don't understand your point. I do understand your point about the glass being half empty, ever since you first mentioned about it.. So, don't think I don't understand your point!
[Along the way, some other people decide to join the "series of misunderstandings". They are Donald, Daisy, Mickey, Minnie and Goofy.]
Donald: Tom and Jerry, you guys should get a room!
Daisy: Come on, man. Why should you guys argue about the orange juice in that glass? Some people like orange juice, some people don't. We all have our own favourite drinks. Live with it.
Mickey: I love orange juice. It doesn't matter what these two guys say. I just love orange juice.
Minnie: Guys, please don't argue over orange juice.
Goofy: I think these guys are only discussing about the taste of orange juice.
[NOTE: Obviously they misunderstood Tom's point and Jerry's point.. But wait, Donald had a good point, though.]
Tom: I'm out of here, nobody understands me. This has been a stupid debate.
Jerry: I'm out of here too. This wasn't supposed to be a debate in the first place.
As I see it, there wasn't supposed to be an argument at all between the two. At first, Jerry was only trying to shift the subject. He was not really responding to Tom's point.. Jerry could have done it in a better way, and he was about to, but instead Jerry was caught in that "feeling of being offended" when Tom accused Jerry of overstating his own ability to understand. As mentioned aboved, Jerry is a person who would simply admit it if he really does not understand something, because there's no harm in admitting that he does not understand something.. but once an accusation is hurled at him, then he won't take it lying down. He's got some ego too, man.
Whatever it is, they both can now laugh about the whole episode.. Of course, as friends, they would still chat and argue in the future, but the preference would certainly be for proper debates rather than silly arguments like this one.. :)
Posted by
Wira Budiman
at
1:16 AM
|
Links to this post
Labels: On Being Human
26 March 2008
Tukang-Tukang Tilik Politik
Aku selalu terserempak dengan tukang-tukang tilik politik, baik di alam cyber mahupun di luar alam cyber. Tukang-tukang tilik yang dimaksudkan ini biasanya mempunyai ciri-ciri yang sama bila mereka menulis atau bercakap tentang politik, iaitu:
1) Suka dan mudah mengandaikan (assume) bahawa sesuatu yang mereka baca/dengar itu adalah "benar", sedangkan sumber-sumber yang "boleh dipercayai" pun tak semuanya boleh dipercayai, malah "orang dalam" sekalipun adakalanya sengaja diperdayakan oleh orang-orang atasnya untuk tujuan2 tertentu;
2) Suka generalize fikiran dan perasaan manusia, seolah-olah apa yang mereka fikirkan dan rasai itu sama dan sebijik sepertimana semua orang lain fikirkan dan rasai;
3) Suka men-stereotype-kan orang lain berdasarkan kaum/agama/jantina, sedangkan stereotype itu hanyalah akibat prejudis atau pengalaman hidup mereka semata-mata dan tak semestinya benar dalam setiap kes atau keadaan;
Berbekalkan ciri-ciri di atas, tukang-tukang tilik ini akan menulis atau bercakap tentang apa yang akan berlaku kepada negara jika pemimpin ini atau pemimpin itu memimpin negara, atau jika parti ini atau parti itu menguasai Kerajaan.. seolah-olah mereka ini Tuhan yang mengetahui segala-galanya, termasuk masa depan dan niat sebenar manusia.
Hakikatnya.. Ada sebab mengapa aku tak suka mengandaikan bahawa seseorang pemimpin itu baik atau jahat berdasarkan sumber-sumber yang tidak dibuktikan kesahihannya. Ada sebab mengapa aku tak suka meramalkan keputusan sesuatu Pilihanraya UMUM berdasarkan fikiran atau perasaan aku sendiri. Dan, ada sebab mengapa aku tak suka men-stereotype-kan pemikiran politik rakyat Malaysia berdasarkan kaum, agama atau jantinanya..
Hmm.. Mungkin aku dah bosan dengan kebanyakan tilikan politik yang aku baca/dengar. Sebab tu aku meluahkan perkara ni di sini. Sekurang-kurangnya aku boleh la meluahkan macam ni selagi aku sendiri belum menjadi seorang tukang tilik politik.. hehe..
Posted by
Wira Budiman
at
2:50 AM
|
Links to this post
Labels: Online Bitching, Politics
24 March 2008
Bila Kita Berbincang
Bila kita berbincang, bolehkah kita cuba membezakan antara:
- hal2 peribadi;
- hal2 profesion; dan
- hal2 politik?
Bila kita berbincang, bolehkah kita cuba membezakan antara:
- politik taksub-idola;
- politik kepartian; dan
- politik kepentingan negara-rakyat?
Bila kita berbincang, bolehkah kita cuba membezakan antara:
- masalah2 ahli politik;
- masalah2 parti politik; dan
- masalah2 negara-rakyat?
Bila kita berbincang, bolehkah kita cuba membezakan antara:
- masalah;
- diagnosis masalah; dan
- punca sebenar masalah?
Bagi aku, sepatutnya kita boleh.
Posted by
Wira Budiman
at
2:42 PM
|
Links to this post
Labels: Politics
11 March 2008
Asyik-Asyik Pasal Pilihanraya
Ramai orang mempunyai hobi baru sekarang ini, iaitu menganalisis keputusan Pilihanraya Umum Ke-12 (PRU12). Sesetengah pakar yang muncul di akhbar dan TV memberi "diagnosis dan kesimpulan" mereka yang kadang2 membuatkan aku tertanya2 adakah mereka buat kajian secukup-cukupnya tentang aspirasi pengundi atau adakah pakar2 ini sekadar meneka.
Aku tidaklah sehebat mereka, tapi aku pun dah banyak juga membaca dan mendengar pandangan2 rakyat biasa di sana-sini. Kalau nak diceritakan, aku adalah seorang yang berkampung di negeri BN yang dikepung oleh negeri majoriti-PAS sedangkan aku tinggal di negeri majoriti-PKR dan bekerja di wilayah majoriti-DAP. Macam tu lah betapa majmuknya sempadan2 politik hidup aku sekarang ni. Cukup warna-warni.
Anyway, mula2 aku nak tulis ringkasan "pemerhatian am" aku, dan selepas tu aku nak senaraikan faktor2 duniawi mengapa agaknya BN kalah banyak kerusi dalam PRU12. Semuanya berdasarkan pendapat2 pengundi sendiri, so sila tambah points kalau ada lagi..
Ringkasan Pemerhatian Am:
1. Yang tewas paling teruk dalam BN bukanlah UMNO, tetapi parti2 komponen lain (di Semenanjung Malaysia). Sungguhpun begitu, UMNO turut mendapat amaran yang jelas daripada para pengundi. Jika UMNO tidak muhasabah diri dan jika BN tidak mengadakan reformasi diri, maka UMNO-BN mungkin terpaksa menghadapi risiko yang lebih besar lagi pada masa akan datang. Apakah bentuk perubahan2 yang patut dilaksanakan? Selain mengkaji faktor2 kekalahan dalam PRU12 ini, perlulah dirujuk juga janji2 BN dalam PRU tahun 2004 serta fahami mengapa BN mencapai kejayaan yang amat besar ketika itu.
2. Parti2 Alternatif ("Barisan Rakyat" = "BR") tidak boleh perasan, syok sendiri atau lupa diri juga. Tidak semestinya kemenangan yang diperolehi adalah disebabkan pengundi amat kagum terhadap BR. Mungkin juga ramai yang mengundi BR sebagai protes jangka pendek terhadap UMNO-BN semata-mata. Maka, tugas BR adalah untuk membuktikan keupayaan diri sepenuhnya (all-out) dengan peluang2 yang ada. Jika BR gagal membuktikan model Kerajaan yang baik, mungkin susahlah untuk BR bertahan lama sebagai Kerajaan2 Negeri, apatah lagi kalau BR berhasrat menjadi Kerajaan Malaysia.
3. Keputusan PRU12 bukanlah kemenangan mana2 parti politik, tetapi kemenangan rakyat yang telah akhirnya mendapat "check and balance" di Parlimen dan di beberapa DUN iaitu Negeri Sembilan, Selangor, Perak dan Kedah (negeri2 yang tiada majoriti 2/3). Hakikatnya, "check and balance" ini diperlukan di mana2, tidak kiralah di negeri2 yang ditadbir oleh BN ataupun negeri2 yang ditadbir oleh BR. Yang penting, rakyat perlu bijak dan berani bersuara jika terdapat apa2 yang tak kena, tak kiralah sama ada kritikan itu ditujukan kepada BN atau BR. Rakyat tidak boleh benarkan para pemimpin dan wakil rakyat duduk selesa (complacent), lepak (relax) atau sekadar memberikan orang lain penyapu (pass the broom) dan menghilangkan diri (disappear).
Faktor-Faktor Penentu SEBELUM Musim PRU12:
1. Ada orang tak berapa yakin dengan pengurusan ekonomi negara, dengan peningkatan harga barang mendadak dan sebagainya.
2. Ada orang rasa tak selamat di negara sendiri dengan peningkatan kadar jenayah yang dianggap mendadak.
3. Ada orang tak puas hati dengan tiadanya kebebasan media (Antara puncanya: Pengenalan undang-undang tertentu sejak awal 1980an).
4. Ada orang tak puas hati dengan tiadanya kebebasan badan kehakiman (Antara puncanya: Krisis Perlembagaan pada lewat 1980an, Kemuncaknya: Video VK Linggam).
5. Ada orang tak puas hati dengan proses pilihanraya di Malaysia (Kemuncaknya: Perhimpunan BERSIH).
6. Ada orang tak puas hati dengan rasuah, penyelewengan dan salahguna kuasa dalam Kerajaan sedangkan antara janji-janji BN dalam PRU 2004 ialah akan memerangi segala gejala negatif tersebut.
7. Ada orang (terutamanya di kalangan mereka yang pro-Mahathir) tak puas hati dengan Pak Lah dan menuduh menantu Pak Lah sebagai penjahat yang turut bekerjasama dengan Dato' Seri Anwar Ibrahim yang dianggap jahat.
8. Ada orang (terutamanya di kalangan mereka yang pro-Anwar) tak puas hati dengan Pak Lah dan menuduh Pak Lah meneruskan dasar2 Tun Mahathir Mohamad yang dianggap jahat.
9. Ada orang (lebih2 lagi orang Cina) tak suka laungan pemimpin2 tertentu dalam Perhimpunan Agung UMNO. Mereka anggapnya sebagai ugutan bersenjata (keris) yang angkuh.
10. Ada orang (lebih2 lagi orang India) tak puas hati dengan tindakbalas Kerajaan terhadap para pemimpin dan penyokong HINDRAF.
11. Banyak lagi kot.. sila tambah faktor2 lain..
Faktor-Faktor Penentu SEMASA Musim PRU12:
1. Undi-undi "swing voters" diramal akan pergi kepada BR dan bukan BN. Ini kerana BR memberi janji keadilan peluang ekonomi yang sama rata untuk semua kaum jika mereka dapat memerintah Malaysia.
2. Sesetengah jentera UMNO sendiri tidak bersetuju dengan sesetengah calon yang dianggap "calon parachute". Perkara ini dianggap sebagai mengkhianati aspirasi akar umbi, maka berlakulah boikot kempen & boikot undi di kalangan penyokong2 UMNO sendiri. Jentera parti2 komponen lain dalam BN tetap terus menyokong calon masing2.
3. Setiap saluran utama media massa dipenuhi dengan kempen BN. Walaupun ini sebenarnya sesuatu yang biasa di Malaysia sejak dahulu lagi, namun ada yang menganggap bahawa kempen dalam slot-slot iklan, berita mahupun perbincangan-perbincangan selepas slot berita kali ini adalah agak keterlaluan. Perbuatan "overkill" ini telah menjadikan pengaruh media alternatif lebih berkesan.
4. Kenyataan Tun Mahathir bahawa beliau menzalimi Dato' Seri Anwar telah disebarkan. Sebenarnya, beliau hanya bercakap sedemikian dengan gaya perli/sarkastik sahaja, bukannya sebagai pengakuan.
5. Dato' Seri Anwar telah dihentam habis2an oleh media arus perdana. Ceramah2nya di seluruh negara pula telah menarik ribuan atau puluhan ribu pendengar setiap kali, tak kira hujan atau panas (bergantung kepada tempat). Pada masa yang sama, sesetengah pemimpin kini dan terdahulu mendakwa bahawa "Anwar tidak lagi relevan/berpengaruh". Pernyataan2 ini dianggap tak konsisten dengan realiti semasa.
6. Sesetengah pemimpin kini dan terdahulu telah memperkecil-kecilkan PKR dan menggelarnya sebagai parti "nyawa-nyawa ikan" yang akan "berkubur". Ada orang yang melihat ini sebagai keangkuhan BN. (Keputusan PRU12: PKR menjadi Parti Pembangkang terbesar di Parlimen, PKR bertindak sebagai penentu Kerajaan-Kerajaan Negeri Selangor, Perak, Pulau Pinang dan Kedah dengan menjadi "rakan DAP" dan "rakan PAS").
7. Banyak lagi kot.. sila tambah faktor2 lain..
Posted by
Wira Budiman
at
11:51 PM
|
Links to this post
Labels: Politics
09 March 2008
Istilah "Kerajaan", "Pemerintah", "Pembangkang"
Istilah "Kerajaan", "Pemerintah" dan "Pembangkang" perlu digunakan dengan lebih tepat. Apabila Parlimen dibubarkan dan tempoh kempen pilihanraya bermula, penggunaan istilah "Kerajaan" atau "Pembangkang" tidak sepatutnya digunakan bagi merujuk kepada mana2 parti. Gunakan nama parti sahajalah. Selepas pilihanraya pula, parti yang membentuk Kerajaan sepatutnya dipanggil PARTI PEMERINTAH manakala parti yang tidak membentuk Kerajaan sepatutnya dipanggil PARTI PEMBANGKANG.
Walaupun gagal memperolehi majoriti 2/3 di Parlimen (serta kalah di Wilayah Persekutuan), BN masih kekal sebagai Parti Pemerintah di Parlimen kerana dapat membentuk Kerajaan Persekutuan. Tiada masalah istilah di situ. Bagaimanapun, media massa tak seharusnya melabelkan PKR, DAP dan PAS sebagai "Parti Pembangkang" semata-mata sedangkan parti2 tersebut kini telah dapat membentuk Kerajaan-Kerajaan Negeri di:
- Kedah;
- Pulau Pinang;
- Perak;
- Selangor; dan
- Kelantan.
BN pula telah menjadi Parti Pembangkang di 5 buah negeri (DUN) tersebut.
Tanpa mengira parti, saya amat berharap agar para YB (Yang Berkhidmat) kita akan dapat menjalankan tugas mereka dengan sebaik mungkin. Barangkali cara terbaik untuk kekal di hati rakyat adalah dengan memastikan bahawa kepentingan rakyat mengatasi kepentingan diri ataupun parti. Semoga YB-YB yang baru tidak perasan atau syok sendiri. Semoga Kerajaan-Kerajaan yang ada tidak mudah rasa selesa atau angkuh dengan kuasa dan kedudukan. Belajarlah daripada kesilapan diri dan kesilapan pihak2 lain.
Posted by
Wira Budiman
at
4:27 AM
|
Links to this post
17 February 2008
Cukuplah Sepuluh
Saya tak paste kesemua puisi yang pernah diterbitkan. Saya paste 10 saja. Yang lain2 saya longgokkan di tempat lainlah. Di sini agak leceh. Setiap kali paste, kena ubah format dsb. Untuk kekalkan visual patterns, kena guna character putih. OK, at least tercapai juga hajat. NOTA: Puisi2 ni di-paste mengikut turutan (1) hingga (10) dan bermula dari bawah.
Posted by
Wira Budiman
at
8:25 AM
|
Links to this post
Labels: Notes to Myself, Poems in Malay (Puisi-Puisi dalam BM)
Poem by a Teenager (10) | Puisi Seorang Remaja (10)
>
Kerana Mereka Bukan Marhaen
Dengan kuasa karismanya
ia mengatur halatuju rakyat
mempergunakan para boneka
demi menghiburkan penonton terleka
umpama tok dalang wayang kulit
- dalang si politikus?
Dengan kuasa pengaruh massanya
ia melaungkan paradigma rakyat
mempergunakan suara penuh mengasyikkan
demi menyebarkan helah bidasan
umpama tukang karut dikir
- karut si media?
Dengan kuasa wangnya
ia melukis, mengukir ceritera rakyat
mempergunakan radas yang lemah dan setia
demi memuaskan dirinya berkarya
umpama pelukis dan pengukir
- seni si samseng korporat?
Politikus mencipta masalah yang baru
agar dilupakan masalah yang lama
media membongkar masalah tercatu
agar disorokkan yang lebih utama
dan samseng korporat tak pernah malu
menjadi perasuah sistem bermasalah
Tak mesti ku tak mengerti
segala sontoloyo nan meloyakan
meskipun aku hanyalah
seorang watak caturan tok dalang itu
sebaluk irama nyanyian tukang karut itu
setitis warna calitan pelukis itu
secungkil garis cakaran pengukir itu...
Oleh:
Wira Budiman Azizan, 18 tahun (25 Disember 1997)
Diterbitkan dalam:
Antologi KataHati, SuaraSuara Publication (2006)
Posted by
Wira Budiman
at
3:58 AM
|
Links to this post
Poem by a Teenager (9) | Puisi Seorang Remaja (9)
>
Model
Wanita ‘panas’ dalam iklan itu
rambutnya berkilau lembut memukau
wanita di atas panas jalan ini
rambutnya adalah racau ribut kemarau.
Wanita ‘panas’ dalam iklan itu
maskaranya melentikkan alis yang zahir
wanita di atas panas jalan ini
maskaranya adalah peluh dahi yang mengalir.
celaknya menampakkan seni terwarna
wanita di atas panas jalan ini
celaknya adalah lebam cincin mata yang tak lena.
Wanita ‘panas’ dalam iklan itu
gincunya bermutu jenama terniaga
wanita di atas panas jalan ini
gincunya adalah kering bibir yang kontang dahaga.
Wanita ‘panas’ dalam iklan itu
bedaknya menusuk haruman bergaya
wanita di atas panas jalan ini
bedaknya adalah asap dan debu kerja raya.
Wanita ‘panas’ dalam iklan itu
pelembap kulitnya beradun ceria
wanita di atas panas jalan ini
pelembap kulitnya adalah sinar terik suria.
.... .... mungkinkah membuatkan ramai terpaku
.... .... meskipun lenggok wajah ditokok tambah
yang di atas panas jalan ini
.... .... mungkinkah langsung tak siapa peduli
.... .... meskipun tak lelah jasanya dicurah.
Mungkinkah juga
aku yang terpaku peduli
kerana yang di atas panas jalan ini
bukan sebarang buruh kasar
di kancah simen dan keruh tar
tetapi seorang ibu yang mencari rezeki
dengan deria yang menewaskan lelaki.
Kepadanya hatiku berkata;
Cik puan yang gagah perkasa,
.... .... Sepekat pepasir batu yang kaubancuh
.... .... .... .... hingga kulitmu rimas menggelupas
.... .... pekat lagi simen semangat yang tertaruh
.... .... .... .... pada lantai perjuanganmu yang terasas.
Cik puan yang tabah berjasa,
.... .... Sepanas cair pekat yang kauturap
.... .... .... .... hingga kulitmu buntu menggerutu
.... .... panas lagi tar semangat yang hinggap
.... .... .... .... pada lorong azammu yang terbuku.
Insan jelita dalam iklan itu
mengapa perlu dipuja ditiru?
Jelita insan di atas jalan ini
jangan sesekali dihina diperli!
Oleh:
Wira Budiman Azizan, 17 tahun (catatan asal: awal 1997)
Diterbitkan dalam:
Antologi KataHati, SuaraSuara Publication (2006)
Posted by
Wira Budiman
at
3:47 AM
|
Links to this post
Poem by a Teenager (8) | Puisi Seorang Remaja (8)
>
Dia Mengaku Dirinya Patriotik
Dia mengaku dirinya patriotik
katanya negara kita indah
namun dia jugalah
membuang sisa sesenang rasa.
Dia mengaku dirinya patriotik
katanya negara kita kaya khazanah alam
namun dia jugalah
membunuh pepohon tua dan teman mergastua.
Dia mengaku dirinya patriotik
katanya negara kita berbudaya jati
namun dia jugalah
meniru yang celaru, memperkaya yang sia-sia.
Dia mengaku dirinya patriotik
katanya negara kita aman sejahtera
namun dia jugalah
kuat mengata membabi buta.
Dia mengaku dirinya patriotik
katanya negara kita berpemimpin berwibawa
namun dia jugalah
menyogok habuan menyorok tangan.
Dia mengaku dirinya patriotik
katanya negara kita berwawasan
namun dia jugalah
mementingkan diri meremehkan madani.
Dialah yang menjadikan negara kita
.... .... tong sampah
.... .... keranda khazanah
.... .... perumah masalah
dan lebih menyedihkan
kitalah dia.
Oleh:
Wira Budiman Azizan, 17 tahun (Januari 1997)
Diterbitkan dalam:
Akhbar Berita Minggu, NSTP (16 Mac 1997)
Posted by
Wira Budiman
at
3:40 AM
|
Links to this post
Poem by a Teenager (7) | Puisi Seorang Remaja (7)
>
Nasib Ayam
Hari itu
kuziarah satu rumah
.... .... .... .......rumah nenek-nenek
.... .... .... .......rumah atuk-atuk
Seorang nenek menghampiriku
dia memerhati seekor anak ayam
aku pun memerhati anak ayam itu.
Kata nenek itu
“anak ayam itu
“dahulunya anak si ibu ayam
“ibu ayam yang tabah, luhur bertelur
“ibu ayam yang sabar, siang malam mengeram
“tetapi akhirnya
.... .... ibu ayam itu
.... .... .... .... ditinggalkan
“kasihan ibu ayam, ya?”
Nenek itu kurang siuman, sangkaku.
Kata nenek itu lagi
“anak ayam itu
“kini tak ingat si ibu ayam
“ibu ayam yang mengasihi dirinya
“ibu ayam yang berkorban untuknya
“tetapi sekadar
.... .... mengenali
.... .... .... .... alam mewahnya
“kasihan ibu ayam, ya?”
Nenek itu kurang waras, sangkaku.
Tiba-tiba
nenek itu menjerit perit
.... .... ...u tercekik terpekik
.... .... ...u melaung meraung
.... .... .... .... .... .... kegilaan
dua orang pegawai
.... .... ...u mengheret nenek itu
.... .... .... .... .... .... jauh dariku.
Nenek itu gila, sangkaku.
Hari ini
kuterserempak dengan bangkai
.... .... bangkai seekor ayam betina
serta-merta
kuteringat nenek gila
.... .... dan cerita ibu ayamnya
Nenek itu
usahlah dianggap kurang siuman
.... .... .... .... .... .p kurang waras
.... .... .... .... .... .p atau gila
nenek itu
sekadar menceritakan
.... .... .... .... .... .p kisah dirinya
Kasihan nenek itu.
Oleh:
Wira Budiman Azizan, 15 tahun (Jun 1995)
Disiarkan dalam:
Akhbar Minda Pelajar, NSTP (10-16 Februari 1997)
Memenangi:
Pertandingan Puisi PPD Seremban, 1995
Posted by
Wira Budiman
at
2:22 AM
|
Links to this post
Poem by a Teenager (6) | Puisi Seorang Remaja (6)
>
Menara
Setinggi puncak
menara-menara itukah
.... .... kesopanan
.... .... dan budi bahasa dibina?
seindah reka bentuk
menara-menara itukah
.... .... warisan seni
.... .... dan budaya diabadikan?
seteguh asas
menara-menara itukah
.... .... pegangan
.... .... dan pendirian masyarakat dipupuk?
seketat kawalan
menara-menara itukah
.... .... keindahan
.... .... dan keaslian mayapada dibela?
sehebat berita
menara-menara itukah
.... .... pembangunan akal
.... .... dan intelek dilaungkan?
semewah ongkos
menara-menara itukah
.... .... agihan adil
.... .... pendapatan dijamin?
atau
menara-menara itu sekadar pemukau
agar kita terdongak ke atas
kagum dan bangga senantiasa
tanpa menyedari bahawa di bawah
terlalu banyak yang kurang dan lemah.
Oleh:
Wira Budiman Azizan, 16 tahun (1 Oktober 1996)
menyingkap “kejayaan-kemajuan” 1996
Diterbitkan dalam:
Dewan Siswa, Dewan Bahasa & Pustaka (Mei 1997)
Antologi Perjalanan Jarum Jam, Dewan Bahasa & Pustaka (1998)
Memenangi:
Hadiah Sastera Siswa BR-DBP, 1997
Posted by
Wira Budiman
at
12:17 AM
|
Links to this post
16 February 2008
Poem by a Teenager (5) | Puisi Seorang Remaja (5)
>
Gah
Kutatap buku Sejarah Duniaku
betapa gahnya piramid, tembok
.... .... dan runtuhan itu:
benda-benda ajaib di dunia.
Kerana berkuasanya manusia
maka dibina piramid itu
piramid yang menyaksikan
terhapusnya nyawa-nyawa
tertimbusnya tulang-belulang
golongan rakyat bergelar hamba
akibat ketaatan dan ketakutan
kepada seorang Tuhan
yang mengerah dan bermegah di puncaknya.
Kerana halobanya manusia
maka didirikan tembok itu
tembok yang melambangkan
lemasnya jiwa
gemasnya perasaan
golongan rakyat bergelar hamba
akibat ketaatan dan ketakutan
kepada secebis keturunan mewah
yang khuatir “hartanya” kan pecah.
Kerana degilnya manusia
maka runtuhlah kota-kota itu
runtuhan yang membuktikan
handalnya kita
gagalnya kita
golongan makhluk bergelar manusia
akibat membuktikan ketamadunan
kepada saudara-saudara sendiri
yang asyik berlumba entah ke mana.
Kututup buku Sejarah Duniaku
sejarah penindasan, penguasaan
.... ....
tidaklah seajaib mana.
Oleh:
Wira Budiman Azizan, 16 tahun (Julai 1996)
semasa mengulangkaji Sejarah Dunia
Diterbitkan dalam:
Dewan Siswa, Dewan Bahasa & Pustaka (November 1996)
Antologi Harapan di Joyrampur, Dewan Bahasa & Pustaka (1997)
Memenangi:
Hadiah Sastera Siswa BR-DBP, 1996
Posted by
Wira Budiman
at
11:50 PM
|
Links to this post
Poem by a Teenager (4) | Puisi Seorang Remaja (4)
>
Penghujung Bulatan
Kata orang
orang itu gila.
Aku memerhati orang gila itu
dia melukis bulatan di atas tanah
dan berjalan-jalan mengelilinginya
aku bertanya orang gila itu
“engkau buat apa?”
jawabnya
“aku lukis suatu bulatan
“aku berjalan mengelilinginya
“aku mahu sampai
.... .... ke penghujungnya.”
Kemudian kubaca rencana
tentang masalah dunia
kumahu uji orang gila itu
lalu kubertanya
“apa penyelesaian masalah dunia?”
jawabnya selamba
“mereka lukis suatu bulatan
“mereka berjalan mengelilinginya
“mereka mahu sampai
.... .... ke penghujungnya.”
Aku nyaris ketawa
mendengar igauan orang gila itu
tetapi kusedar tiba-tiba
orang gila itu
.... bukan sebenarnya gila
para penyelesai masalah dunia
.... merekalah yang gila
dan bulatan di atas tanah itu
.... sudah tentu
.... .... tidak berpenghujung.
Oleh:
Wira Budiman Azizan, 15 tahun (Mei 1995)
Diterbitkan dalam:
Dewan Siswa, Dewan Bahasa & Pustaka (Ogos 1995)
Posted by
Wira Budiman
at
9:30 PM
|
Links to this post

